Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

2 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD

Mar 30, 2020


2 Kawasan Di Hulu Selangor Dikenakan PKPD

Kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Selangor kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu dikeluarkan selepas terdapat 71 kes positif Covid-19 daripada kira-kira 270 penghuni sebuah maahad tahfiz di kawasan berkenaan. 

Jelas beliau, tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung penularan wabak dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang 14 hari. 

Datuk Seri Ismail Sabri juga mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu yang dikaitkan dengan kenyataan sebelum ini.

Ini adalah PKPD ke-2 selepas arahan sama dikeluarkan untuk 2 kawasan di Simpang Renggam, Johor, Jumaat lalu.

Penjualan Secara Bawa Pulang Dihentikan di 3 Daerah di Pahang

Semua premis makanan di Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang mulai esok.

Ia ekoran Jerantut dan Pekan catat kes COVID-19 paling tinggi di Pahang, dan situasi penularan wabak itu yang membimbangkan di Raub.

Kerajaan negeri memaklumkan, arahan itu berkuat kuasa sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, perkhidmatan penghantaran makanan masih dibenarkan di 3 daerah tersebut.

Selangor Sedia Bilik Hotel Percuma Untuk Petugas Barisan Hadapan

Kerajaan Selangor sediakan penginapan percuma kepada petugas barisan hadapan yang berusaha membendung wabak COVID-19.

Menurut kerajaan negeri, hampir 290 bilik disediakan untuk mereka di 2 buah hotel di Ampang dan Shah Alam.

Sebagai permulaan, kemudahan itu disediakan untuk PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca