← Back to list
MAEPS Serdang Jadi Lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.
Mar 29, 2020
Kementerian Kesihatan kini dalam persiapan bagi membendung gelombang ketiga penularan Covid-19.
Menerusi perkongsian di Twitter KKM, MAEPS, Serdang kini dalam dalam persiapan akhir sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah yang menempatkan kira-kira 600 katil.
Terdahulu, kementerian menjangkakan akan ada pertambahan secara mendadak kes positif wabak itu menjelang pertengahan April ini.
Kira-kira 600 individu ditahan kerana gagal patuhi PKP.
Polis tahan kira-kira 600 individu kerana gagal patuhi Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dilaksanakan minggu lalu.
Menurutnya, Kementerian Pertahanan, antaranya masih ada individu yang berjogging di kawasan komuniti berpagar dan kelmarin, solat Jumaat masih diadakan di sebuah masjid.
Namun, menurut Kementerian Pertahanan, tahap pematuhan perintah itu menunjukkan peningkatan dengan 97 peratus berbanding 60 peratus sebelum ini.
PDRM dan ATM pantau PKP waktu malam guna dron.
Operasi pemantauan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kini diperluaskan dengan penggunaan dron pada waktu malam.
Op Penawar yang dijalankan oleh PDRM dan ATM bermula malam tadi melibatkan pusat bandar, sekitar Lembah Klang dan kawasan zon merah wabak Covid-19.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan berkata kira-kira 600 individu ditahan kerana gagal patuhi Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dilancarkan, 18 Mac lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca