← Back to list
PKP di 2 Kawasan di Kluang Diperketat
Mar 27, 2020
2 Kawasan di Kluang Kini Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Kluang, Johor.
Ia berkuat kuasa sehingga 9 April bagi mengekang penularan COVID-19 susulan jumlah kes positif yang tinggi di 2 kawasan tersebut.
Dalam tempoh ini, semua laluan keluar masuk di kawasan berkenaan ditutup dan makanan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh JKM.
Malaysia kini kini merekodkan 2,031 positif wabak itu melibatkan 23 kematian.
Senarai Terbaru Berita dan Maklumat Palsu
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan senarai terbaru berita dan maklumat palsu di media sosial berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.
Antaranya, PDRM nafi mengeluarkan perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 7 pagi.
Polis juga nafi maklumat tular kononnya seorang pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang.
Layari laman web ‘sebenarnya.my’ untuk dapatkan kesahihan berita dan maklumat tular.
Aplikasi Pintar Mengekang Penularan COVID-19
Malaysia sedang sediakan aplikasi telefon pintar yang boleh kesan pergerakan individu bagi mengekang penularan COVID-19 seperti dilakukan Singapura.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ia boleh kesan pergerakan rakyat supaya apabila berlaku kes positif, mereka boleh lihat sejarah pergerakan dan beri amaran kepada orang lain berhampiran pesakit untuk buat ujian saringan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca