← Back to list
Polis Terima 695 Laporan Berhubung Pelanggaran PKP
Mar 26, 2020
695 Laporan Polis Diterima Berhubung Pelanggaran PKP
695 laporan polis diterima berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan, PKP di seluruh negara semenjak dikuatkuasakan 18 Mac lepas.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, daripada jumlah itu, 28 didapati melanggar perintah tersebut manakala selebihnya masih dalam siasatan.
Menurut kementerian, angka itu membuktikan ada lagi individu yang masih berdegil dan mungkin kaedah lain terpaksa diguna untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
COVID-19: Jabatan Kecemasan & Wad Pemerhatian Hospital Teluk Intan, Perak Tutup Sementara
Jabatan Kecemasan dan wad pemerhatian Hospital Teluk Intan, Perak ditutup sementara.
Ia untuk proses pembersihan dan nyahkuman selepas 37 petugas kesihatan hospital itu positif COVID-19.
Buat sementara, Jabatan Kecemasan hospital tersebut beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.
Sementara itu, seorang pesakit COVID-19 meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan.
Ia menjadikan bilangan yang maut akibat wabak itu meningkat kepada 20 orang.
AKPK Bantu Pelanggan
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan beri penangguhan bayaran kepada semua pelanggan Program Pengurusan Kredit selama 6 bulan.
Ia berkuat kuasa bulan depan sehingga September dan orang ramai tidak perlu buat sebarang permohonan.
Ia sejajar dengan pengumuman Bank Negara membenarkan penangguhan pinjaman secara automatik selama 6 bulan untuk individu dan PKS.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca