← Back to list
Hampir 50 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA.
Mar 22, 2020
Foto : Astro Awani
Pesawat khas bawa rakyat Malaysia dari Iran, satu daripada negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, selamat tiba di KLIA awal pagi ini.
Laporan terdahulu menyatakan 46 individu termasuk 10 kanak-kanak, yang telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran akan dibawa pulang dalam penerbangan khas yang berlepas dari Tehran malam tadi.
Mereka yang dibawa pulang itu akan melalui proses tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA, sama seperti dua misi dari Wuhan, China sebelum ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca