← Back to list
Malaysia belum alami kes sporadik Covid-19.
Mar 13, 2020
Malaysia belum alami kes sporadik Covid-19!
Jelas Kementerian Kesihatan, kes yang sebelum ini dikatakan sporadik itu sebenarnya salah seorang peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Kes sporadic bermakna mangsa tidak pernah melawati negara-negara yang terkesan dengan Covid-19 dan tidak pernah adakan kontak dengan pesakit.
Malaysia kini merekodkan 158 kes Covid-19 ekoran pertambahan 9 kes baru.
Sementtara itu, solat Jumaat di Perlis hari ini dibatalkan dan diganti dengan sembahyang zohor di rumah.
Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19.
Ia rentetan daripada nasihat Kementerian Kesihatan agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama dielakkan buat masa ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca