← Back to list
Barisan Kabinet Baru Catat Beberapa Sejarah Menarik!
Mar 10, 2020
Pengumuman barisan Kabinet baru semalam catat beberapa sejarah menarik!
Buat pertama kalinya dalam sejarah, jawatan Timbalan Perdana Menteri ditiadakan.
Sebaliknya beliau melantik 4 Menteri Kanan bagi membantunya dalam menjalankan tugas dan melicinkan pentadbiran negara.
Sejarah juga tercipta apabila bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama dilantik sebagai menteri.
Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Hal Ehwal Agama.
Dalam kabinet baru ini juga, PAS kembali ke dalam kerajaan selepas 43 tahun.
PAS diwakili 3 wakilnya sebagai menteri penuh manakala 5 lagi sebagai timbalan menteri.
Antaranya Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.
Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula pegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Undang-Undang.
5 wanita pula dilantik menganggotai Kabinet baru.
Muka baru adalah Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca