← Back to list
Sidang Dewan Rakyat bermula 18 Mei depan!
Mar 04, 2020
Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 9 Mac, ditunda ke 18 Mei depan.
Menurut Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, surat makluman berhubung tarikh baru berkenaan diterima malam tadi dan kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen nanti.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO jangka sidang baru Dewan Rakyat mungkin ditangguhkan sehingga bulan puasa atau lepas raya.
Ujar Tan Sri Annuar Musa, kerajaan baru perlu sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum Parlimen boleh mula bersidang.
Kesemua 7 kes baru Covid-19 di negara ini merupakan kontak rapat kes ke-26.
Menurut Kementerian Kesihatan, kes ke-26 itu ialah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding.
Turut disahkan positif ialah anggota paramedik yang beri rawatan awal kepada pesakit berkenaan.
Namun, kesemua kes baru yang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan HKL itu dilaporkan stabil.
Lelaki ditahan kerana cabul dan liwat anak perempuannya berusia 3 tahun!
Polis Kedah tahan seorang lelaki kerana disyaki cabul dan liwat anak perempuannya sendiri yang baru berusia 3 tahun.
Perbuatan keji itu terbongkar selepas salah seorang anaknya beri telefon bimbitnya yang dipenuhi gambar mangsa kepada isterinya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca