← Back to list
Tan Sri Muhyiddin Puas Hati Dengan Agensi Kerajaan
Mar 03, 2020
Perdana Menteri berpuas hati dengan agensi kerajaan yang mengendalikan penularan Covid 19 bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut nasihatkan orang ramai agar tidak panik serta buat pembelian panik susulan penularan wabak itu.
Hari ini, Tan Sri Muhyiddin telah diberi penerangan mengenai status coronavirus, serta kedudukan ekonomi negara.
Dalam perkembangan berkaitan, tujuh kes baru postif Covid 19 telah disahkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 36 kes setakat ini.
14 kes masih dirawat di Hospital Sungai Buloh serta Hospital Kuala Lumpur, manakala 22 pesakit telah dibenarkan keluar.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca