← Back to list
Pernah Dipecat, Tan Sri Muhyiddin kini Perdana Menteri ke-8!
Mar 01, 2020
Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Turut hadir pada istiadat berkenaan, Presiden PAS dan UMNO serta Datuk Seri Azmin Ali.
Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri semalam sekaligus menyelesaikan kemelut politik negara sejak Isnin lalu.
Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Tan Sri Muhyiddin pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika bersama Barisan Nasional, sebelum buat kemunculan semula dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Dan kini, beliau menduduki kerusi nombor 1 negara bersama Perikatan Nasional.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca