← Back to list
Kehebatan Muhyiddin Yassin, dipecat sebagai TPM, kembali sebagai PM!
Feb 29, 2020
Teka-teki siapa yang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 akhirnya terjawab!
Ini selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu.
Foto : Astro Awani
Keputusan itu dibuat baginda, Al-Sultan Abdullah yang merasakan Presiden Bersatu itu mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Muhyiddin dalam reaksi pertamanya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pelantikan tersebut dan meminta seluruh rakyat malaysia menerima baik keputusan yang telah dibuat Istana Negara.
Foto : Astro Awani
Muhyiddin, 72 tahun berjaya cipta antara kebangkitan politik paling dramatik.
Beliau pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika bersama Barisan Nasional, sebelum buat kemunculan semula dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai Menteri Dalam Negeri dan kini...menduduki kerusi nombor 1 negara bersama Perikatan Nasional.
Foto : Astro Awani
Presiden BERSATU itu dijadual mengangkat sumpah jawatannya pagi esok di Istana Negara.
Saksikan upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 secara langsung jam 10.30 pagi esok di Astro Awani saluran 501.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca