← Back to list
Hala Tuju Politik Negara Masih Samar.
Feb 25, 2020
Hala tuju politik negara masih belum jelas selepas sehari kerajaan Pakatan Harapan tumbang!
Samada kerajaan campuran baru akan dibentuk atau pilihan raya umum mengejut akan diadakan, semuanya masih menjadi tanda tanya.
Parti politik kedua-dua belah pihak terus mengadakan siri mesyuarat, namun belum jelas sama ada mereka cukup kouta atau tidak untuk membentuk kerajaan.
Tun Dr Mahathir Mohamad kini berfungsi sebagai Perdana Menteri sementara sehingga PM ke-8 dilantik.
Semalam, Yang-di Pertuan Agong berkenan terima peletakan jawatan Tun M sebagai Perdana Menteri.
Lanjutan daripada itu juga, tugas-tugas anggota pentadbiran merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik terhenti.
Difahamkan juga, Tun M telah tiba di Pejabat Perdana Menteri untuk memulakan tugas beliau sebagai Perdana Menteri interim.
Dalam pada itu, sejumlah Ahli Parlimen dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Kunjungan itu dipercayai bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.
Kunjungan menghadap dilapor akan dimulakan kumpulan pertama yang terdiri daripada beberapa wakil rakyat Amanah dan Ahli Parlimen dari Semenanjung.
Ia kemudian akan disusuli kunjungan kumpulan kedua membabitkan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, dijangkakan pada sebelah petang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca