← Back to list
KKM : Pemakaian topeng muka di tempat awam belum wajib.
Feb 03, 2020
Kerajaan belum bercadang untuk wajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam susulan penularan wabak novel koronavirus.
Ini kerana virus itu masih belum berada di dalam komuniti di negara ini.
Setakat ini, tiada kes baru melibatkan wabak itu direkodkan di Malaysia dan jumlahnya kekal sebanyak 8 orang.
Sementara itu, kira-kira 130 rakyat Malaysia di Wuhan, China akan dibawa pulang ke tanah air menerusi penerbangan khas hari ini.
Namun Timbalan Perdana Menteri jelaskan, hanya yang disahkan tidak dijangkiti novel koronavirus, akan dibawa pulang.
Pelaksanaan PPSMI belum muktamad.
Pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI masih belum dimuktamadkan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana perbincangan berhubung perlaksanaannya masih di peringkat awal.
Jumaat lalu, Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan umum PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.
Seorang pelajar ditahan kerana yang menyamar sebagai polis.
Seorang pelajar kolej swasta ditahan ketika menyamar sebagai polis dalam satu operasi trafik di Batu Pahat, Johor.
Turut ditemui jaket kalis peluru, kunci gari, lampu suluh dan pisau yang menurut suspek semuanya dibeli secara dalam talian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca