← Back to list
WHO umum novel koronavirus sebagai kecemasan global!
Jan 31, 2020
WHO mengumumkan novel koronavirus sebagai kecemasan global yang telah merebak ke hampir 20 negara.
Angka kes jangkitan di China kini mencecah 9,700 melibatkan 213 kematian.
Sebab utama pertubuhan itu buat pengisytiharan berkenaan bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.
Menurut WHO, kebimbangan utama mereka ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.
Sementara itu, China tidak benarkan pesawat tentera bawa pulang rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan.
Wisma Putra kini sedang berunding bagi membolehkan usaha berkenaan dapat direalisasikan dalam waktu terdekat.
Setakat ini 96 rakyat Malaysia serta 20 pasangan mereka yang bukan warganegara dikesan berada di bandar berkenaan yang dalam perintah berkurung.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca