← Back to list
Kerajaan ingin bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan.
Jan 29, 2020
Foto : Astro Awani
Kerajaan akan berunding dengan China untuk bawa pulang hampir 80 rakyat Malaysia yang terperangkap di Wuhan, gara-gara wabak koronavirus!
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata demikian selepas Jepun berjaya dapatkan kebenaran untuk bawa pulang rakyatnya dari wilayah itu.
Foto : Astro Awani
Setakat ini hampir 6 ribu kes positif koronavirus telah disahkan dengan angka kematian melebihi 130 di China, manakala 7 kes disahkan positif di Malaysia.
Bagaimanapun, kerajaan buat masa ini belum berhasrat untuk menyekat mana-mana perhimpunan atau persidangan dalam negara.
Ini kerana situasi masih terkawal berikutan langkah-langkah pencegahan penularan wabak koronavirus yang diambil Malaysia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca