← Back to list
Sorang Suspek Ditahan Sebar Berita Palsu Mengenai Wabak Koronavirus.
Jan 29, 2020
Seorang suspek ditahan bagi bantu siasatan kes berita palsu berkenaan wabak koronovirus.
SKMM memaklumkan, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bangi, Selangor.
Polis turut buka 5 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan novel koronavirus .
Ia turut melibatkan siasatan ke atas 1 kumpulan WhatsApp dan 3 akaun Facebook.
3 lagi kes koronavirus dikesan di Malaysia.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 7 dan semuanya melibatkan warga China.
Mereka kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, Hospital Sultanah Aminah di JB dan Hospital Sungai Buloh di Selangor.
Seorang lelaki dan anak saudaranya ditahan polis Langkawi gara-gara reka cerita kes culik.
Ia ekoran penyebaran satu video kononnya seorang kanak-kanak jadi mangsa culik sekumpulan lelaki menaiki van hitam.
Siasatan dapati kanak-kanak dipercayai warga Myanmar, berusia 11 tahun itu berbuat demikian bagi elak dimarahi keluarganya selepas pulang lewat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca