← Back to list
Kementerian Kesihatan tunggu keputusan 3 kes baru disyaki koronavirus.
Jan 28, 2020
Foto : Astro Awani
Kerajaan masih menunggu keputusan 3 kes baru disyaki Novel Koronavirus!
Kementerian Kesihatan berkata ketiga-tiga kes tersebut melibatkan warga China.
Kes positif wabak itu di Malaysia kekal 4 dan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil.
Setakat ini, bilangan yang dijangkiti koronavirus di China sudah melebihi 4,500 orang, manakala angka korban melebihi 100 nyawa.
Foto : Astro Awani
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan akan segerakan peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu di semua Pintu Masuk Antarabangsa negara.
Kementerian Kewangan berkata ia sebagai usaha perkukuh aktiviti saringan kesihatan bagi menangani penularan koronavirus di Malaysia.
Dalam pada itu, kerajaan tidak akan meminda sasaran kedatangan pelancong ke Malaysia tahun ini iaitu seramai 30 juta orang.
Foto : Astro Awani
Kementerian Pelancongan juga jelaskan penggantungan visa pelancong China yang berasal dari kawasan terjejas wabak hanya bersifat sementara.
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong titahkan semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat bagi memelihara rakyat daripada sebarang jangkitan penyakit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca