← Back to list
Kes Koronavirus di Malaysia Naik
Jan 26, 2020
Kes Koronavirus di Malaysia Bertambah
Bilangan pesakit yang positif novel koronavirus di negara ini naik kepada 4.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pesakit terbaru ialah seorang lelaki 40-an berasal dari Wuhan, China yang tiba di Johor Bahru dari Singapura dan kini menerima rawatan di hospital.
Sementara itukanak-kanak warga China yang disyaki dijangkiti novel koronavirus dan dilarikan ibu bapanya yang mengelak kuarantin di hospital di Johor Bahru sudah dijumpai.
Mereka ditahan polis Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi dan diserah kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, ibu bapa budak 2 tahun itu tidak mahu anak mereka yang ada simptom koronavirus dikuarantin sebab tidak mahu terlepas penerbangan pulang.
Dalam perkembangan berkaitan, satu petisyen dalam talian desak kerajaan kenakan larangan kemasukan sementara ke atas warga China sudah raih hampir 200,000 sokongan.
Namun setakat ini kerajaan belum ada rancangan melarang warga China memasuki negara ini.
Dalam satu lagi perkembangan berkaitan, hanya 28 rakyat Malaysia masih berada di Wuhan dan jalani perintah berkurung akibat koronavirus.
Mereka terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional serta semuanya juga masih bebas daripada jangkitan wabak berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca