← Back to list
4,000 Murid Layak Dapat Rancangan Makanan Tambahan
Jan 20, 2020
Kira-kira 4 ribu murid terpilih sebagai peserta program Rancangan Makanan Tambahan yang bermula hari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, kira-kira 90 peratus peserta program itu terdiri daripada murid dari kawasan projek perumahan rakyat termiskin.
Pelaksanaan program itu, antara jam 7 sehingga 7.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan 12.30 tengah hari sehingga 2 petang bagi sesi persekolahan sesi petang.
150 Kontena Sisa Pepejal Plastik Di Hantar Negara Asal
Kerajaan hantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik ke negara asal pengeksport sejak suku ketiga tahun lalu.
Kementerian Alam Sekitar berkata penghantaran balik sisa pepejal dianggarkan lebih 3,300 tan metrik itu tidak melibatkan sebarang kos kewangan kerana ditanggung oleh pihak pengimport atau syarikat perkapalan
Tambahnya, dianggarkan 110 kontena sisa pepejal plastik lagi akan dihantar pulang ke negara pengeksport sebelum pertengahan tahun ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca