← Back to list
Satu lawan satu pada PRK Kimanis
Jan 04, 2020
Satu lawan satu pada PRK Kimanis
Foto - Borneo Today
Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang dijaduakan berlangsung pada 18 Januari ini bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu.
Dua calon bertanding ialah Datuk Mohamad Alamin daripada Barisan Nasional dan Datuk Karim Bujang yang mewakili Parti Warisan Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya mensasarkan 70 peratus pemilih mengundi pada PRK berkenaan dengan keputusan dijangka diketahui sebelum 10 malam.
-----
Pulau Pinang mahu adatasi penuh e-dompet pada Mac
Foto - Careta
Kerajaan negeri Pulau Pinang sasar mengadaptasi sepenuhnya transaksi e-dompet di seluruh negeri itu pada Mac ini.
Inisiatif itu katanya, selaras dengan program e-Tunai Rakyat yang akan dilaksanakan kerajaan dari 15 Januari hingga 14 Mac depan.
Kira-kira 120,000 vendor telah mengadaptasi e-dompet TNG di seluruh negara setakat ini dan menyasarkan untuk menggandakan jumlah itu menjelang akhir tahun.
-----
Menteri Pendidikan tak semestinya ahli politik
Foto - Says
Menteri Pendidikan tidak semestinya dipilih dalam kalangan ahli politik tetapi individu yang prihatin dengan isu pendidikan.
Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, langkah itu bagi membolehkan individu terbabit beri tumpuan sepenuhnya terhadap pemerkasaan bidang pendidikan negara.
Dr Maszlee Malik lepaskan jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa semalam, selepas 20 bulan menerajui kementerian itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca