← Back to list
Seorang rakyat Malaysia dilapor maut ketika main papan luncur di Australia.
Dec 29, 2019
Seorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia ketika bermain papan luncur di Australia, namun identitinya belum didedahkan.
Polis Queensland memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun itu terlanggar tiang ketika menuruni bukit semasa meluncur.
Tambahnya, mangsa yang sedang bercuti bersama keluarganya di Australia memakai topi keledar ketika insiden tersebut.
Bermula tahun depan, jualan murah boleh diadakan bila-bila masa!
Bermula 2 Januari ini, jualan murah boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak lagi terhad kepada 4 kali setahun.
Menurut kerajaan, menerusi pindaan peraturan yang diwartakan bulan lalu, peniaga juga tidak perlu mohon permit bagi mengadakan jualan murah.
Dalam perkembangan lain, kerajaan beri jaminan bekalan bawang di negara ini mencukupi sehingga sambutan Tahun Baharu Cina.
2 ambulans yang dinaiki pengantin di Pahang milik swasta.
2 ambulans yang digunakan untuk bawa pengantin pada majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang, yang videonya viral di laman sosial adalah milik swasta.
Foto: BH Online
Jelas Kementerian Kesihatan, kenderaan itu disewa pasangan mempelai berkenaan sebagai gimik majlis persandingan mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca