← Back to list
Gangguan bekalan air di Lembah Klang masih belum pulih.
Dec 23, 2019
Gangguan bekalan air di Lembah Klang masih belum pulih.
Ini kerana Loji Rawatan Air Sungai Semenyih masih ditutup, ekoran pencemaran bau masih belum dapat dipulihkan.
Buat masa ini, Air Selangor akan salurkan bantuan bekalan kecemasan berterusan termasuklah 14 Pili Awam yang akan beroperasi 24 jam sehari di kawasan terlibat.
Tempoh pendidikan larangan merokok di tempat makan beri impak positif.
Tempoh pendidikan selama setahun bagi larangan merokok di tempat makan nampaknya membuahkan hasil yang baik.
Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan, hanya segelintir perokok sahaja yang masih ingkar dengan arahan tersebut.
Bermula tahun depan, individu yang didapati bersalah merokok di tempat makan akan didenda hingga RM10,000 atau penjara 2 tahun.
Manakala kedai makan atau restoran yang membenarkan perokok merokok di premis mereka akan didenda hingga RM2,500.
KWSP mohon maaf atas insiden viral di JB.
KWSP mohon maaf kepada keluarga seorang pencarumnya berhubung pengalaman perkhidmatan kurang menyenangkan di JB, baru-baru ini.
Pihaknya ambil berat aduan orang ramai mengenai perkara itu dan akan memperbaiki tahap perkhidmatannya.
Dalam insiden viral itu, seorang pencarumnya yang sakit terpaksa dibawa menaiki ambulans ke pejabat berkenaan bagi pengesahan cap jari untuk mohon pengeluaran wang simpanan bagi tujuan rawatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca