← Back to list
Seorang kanak-kanak alami pendarahan teruk akibat digigit lintah.
Dec 05, 2019
Waspada ketika musim banjir.
Seorang kanak-kanak di Rantau Panjang hampir maut kerana alami pendarahan teruk akibat digigit lintah!
Mangsa alami pendarahan selepas lintah dipercayai masuk ke dalam kemaluannya ketika bermain air banjir.
Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan setelah mendapat rawatan di hospital.
Juga di Kelantan, seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir di depan rumahnya.
Setakat tengah malam tadi, jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Terengganu cecah lebih 12,000 orang.
Menteri Belia dan Sukan mohon maaf kepada kerajaan Jerman.
Menteri Belia dan Sukan mohon maaf kepada kerajaan Jerman ekoran insiden tabik Nazi oleh seorang graduan ketika istiadat konvokesyen UMS baru-baru ini.
Tegas Syed Saddiq, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara, namun tindakan graduan berkenaan adalah tidak wajar.
Terdahulu, kerajaan Jerman kecam tindakan graduan itu yang disifatkan tidak menghormati mangsa kekejaman rejim Hitler.
Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergiaan Datuk Nassier Wahab.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM, PJ awal pagi tadi.
Peserta Gegarvaganza musim kedua itu jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang Julai lalu dan menerima rawatan lanjutan termasuk radioterapi dan kimoterapi sejak itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca