← Back to list
Rombakan Kabinet mungkin berlaku!
Nov 21, 2019
Rombakan Kabinet mungkin berlaku!
Perdana Menteri memberi bayangan ia akan dilakukan sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC tahun depan.
Ia susulan kekalahan teruk Pakatan Harapan pada PRK Parlimen Tanjung Piai.
Sesi pandu uji kereta terbang negara tidak dapat kebenaran CAAM.
Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara yang dijadualkan berlangsung hari ini tidak dapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, CAAM!
Menurut CAAM, ini kerana lokasi ujian terletak kurang 200 meter dari trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter.
Ia juga berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh kawalan trafik udara.
Perak akan mempromosikan sektor pelancongan negeri guna aplikasi 'TikTok'.
Exco pelancongan negeri berkata ia ekoran sambutan hangat aplikasi itu dalam kalangan remaja di Asia Tenggara dan Barat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca