← Back to list
Rafizi Ramli Bebas
Nov 15, 2019
Rafizi Ramli Bebas
Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).
*foto daripada fail
Rafizi juga dibebaskan dan digugurkan daripada hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ini.
Ia berhubung pendedahan data perbankan dari akaun National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya pada 2012.
FELDA Saman 2 bekas Pengerusi
*foto Utusan Malaysia
FELDA memfailkan saman terhadap 2 bekas pengerusi lembaganya, iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Ia berkaitan isu pindah milik tanah milik Felda di Semarak, KL termasuklah tuntutan ganti rugi lebih RM1 bilion.
Turut disaman ialah sebuah syarikat pemaju hartanah dan 18 yang lain.
Projek Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Mungkin Batal
Kerajaan Terengganu membayangkan kemungkinan tidak meneruskan projek zon bebas cukai di Tasik Kenyir.
Ia ekoran beberapa faktor termasuk kegagalan kontraktor menyiapkan projek berkenaan yang sudah tergendala selama 2 tahun.
Kerajaan Terengganu juga mengalu-alukan pihak yang berminat menyiapkan projek itu sudah 77 peratus siap dan menelan kos RM200 juta setakat ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca