← Back to list
Banjir pada musim tengkujuh kali ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu.
Nov 01, 2019
Musim tengkujuh kali ini dijangka menyebabkan banjir lebih buruk berbanding tahun lalu!
Jabatan Meteorologi memaklumkan, ini kerana Monsun Timur Laut ketika ini dijangka menyebabkan peningkatan hujan 20 hingga 40 peratus daripada biasa.
Jika tahun lalu hampir tiada banjir di Kelantan, tapi tahun ini dijangka berlaku banjir di negeri berkenaan namun tidaklah sebesar Bah Kuning pada 2014.
Monsun Timur Laut dijangka berakhir Mac, menyaksikan Semenanjung dilanda musim hujan sehingga Januari, diikuti Sabah dan Sarawak pula selepas itu.
Basikal lajak memang diharamkan!
Itu penjelasan Timbalan Perdana Menteri berhubung cadangan mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal tersebut yang menjadi trend remaja masa kini.
Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lagi, basikal lajak memang tidak layak berada atas jalan raya sebab tiada ciri keselamatan khasnya brek.
Beliau juga minta ibu bapa lebih prihatin terhadap aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan kegiatan yang membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
Keputusan penguatkuasaan terhadap vape mungkin diketahui tahun depan.
Keputusan sama ada haramkan sepenuhnya vape atau ketatkan peraturan penjualannya dijangka diketahui tahun depan.
Kementerian Kesihatan berkata langkah itu wajar diambil memandangkan penggunaan vape dilihat semakin tidak terkawal dalam kalangan pelajar sekolah.
Ketika ini, pihaknya masih memerlukan lebih banyak data berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca