← Back to list
Ada penerima Program Subsidi Petrol Bersasar tarik diri.
Oct 23, 2019
Ada penerima Program Subsidi Petrol, PSP Bersasar tarik diri daripada program itu!
Mereka berbuat demikian kerana merasakan diri mereka tidak layak untuk bantuan itu ekoran memiliki pendapatan yang besar.
Ia hasil semakan individu terlibat di portal 'psp.kpdnhep.gov.my' dan kes terjadi disebabkan mereka didaftarkan oleh ahi keluarga.
2.9 juta penerima BSH daripada golongan B40 yang layak terima PSP Bersasar sudah boleh semak kelayakan mereka melalui portal tersebut sejak Selasa lalu.
Mahasiswa yang kesempitan hidup layak terima zakat.
Jabatan Perdana Menteri prihatin isu siswa kesempitan hidup akibat kos sara hidup dan sewa rumah tinggi khasnya di kota.
Justeru menterinya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP bantu golongan itu melalui zakat.
Ujar beliau, mengikat perut dan kongsi sebuah rumah sewa sehingga 20 orang sudah tentu menjejaskan kualiti pendidikan mahasiswa terbabit.
Hentikan sistem merit untuk penempatan mahasiswa di kampus.
Youth Build Nation buat gesaan itu agar mahasiswa daripada golongan B40 dapat penginapan dalam kampus sekaligus atasi isu mahasiswa melarat.
Baru-baru ini Berita Harian mendedahkan, ada siswa terpaksa mengikat perut, bekerja sambilan dan kongsi sebuah rumah sewa sehingga 20 orang khasnya di kota.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca