← Back to list
Dua Juta Topeng Muka Telah Diagihkan
Sep 19, 2019
Kira-kira dua juta topeng penutup hidung dan mulut telah diedarkan kepada pelajar di kawasan yang mengalami jerebu.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, setengah juta topeng itu diagihkan di Sarawak dan selebihnya di negeri yang terlibat.
Dalam pada itu, Kerajaan bercadang untuk mengunakan dron untuk mengurangkan kesan jerebu.
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dron boleh digunakan untuk hasilkan hujan buatan, malah ia lebih efektif untuk mensasarkan kawasan yang terjejas.
Setakat jam 6 petang tadi, enam kawasan di Sarawak masih catat bacaan IPU Sangat Tidak Sihat di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Sarikei.
Manakala di Semenanjung rata-rata kawasan catat bacaan IPU Tidak Sihat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca