← Back to list
Masih Dalam Cadangan Mansuhkan Skim Pencen Perkhidmatan Awam
Sep 05, 2019
Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baru bermula tahun hadapan, masih di peringkat kajian.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, cadangan itu akan dibawa ke kabinet untuk mendapat persetujuan.
Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, mulai tahun hadapan, lantikan baharu perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen, sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik.
PDRM Buat Siasatan Penuh
PDRM sedang jalankan siasatan penuh berhubung kematian Mejar Mohd Zahir Armaya ketika satu demontrasi ketenteraan di Kem Lok Kawi, Sabah semalam.
Pihaknya juga sentiasa memantau media sosial dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang keluarkan sebarang kenyataan mengenai kes itu tanpa fakta.
Jenazah Allahyarham, yang merupakan anak kepada pengarah AR Badul selamat dikebumikan di Perak pagi tadi.
ESSCOM Cadang Bot Pam Di Daftar
ESSCOM cadangkan semua bot pam didaftarkan sepenuhnya serta diwarnakan mengikut daerah.
Jelasnya, tindakan itu perlu bagi memastikan bot tersebut tidak disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
DPL, polis menerima maklumat hampir setiap minggu, berkaitan pergerakan kumpulan penculik dan penjenayah rentas sempadan di Sabah.
Maklumat terbabit dedahkan, pergerakan kumpulan berkenaan lebih berada di bahagian perairan Filipina.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca