← Back to list
3 buah sekolah di Merlimau, Melaka diarah tutup sementara.
Sep 04, 2019
Calon UPSR 3 buah sekolah di Merlimau, Melaka terpaksa mengambil peperiksaan di lokasi baru.
Sekolah mereka terpaksa ditutup sementara ekoran insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam berdekatan.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Johor menempatkan pegawai perubatan tambahan di Pasir Gudang.
Ia sebagai persiapan hadapi situasi kecemasan jika berlaku lagi insiden pencemaran toksik yang boleh jejas murid-murid khasnya calon UPSR.
UPSR 2019 bermula hari ini dan tamat Khamis minggu depan.
Proses pelaksanaan penuh Undi 18 dijangka diketahui selewatnya akhir 2021.
Status proses pelaksanaan sepenuhnya 'Undi 18 Tahun' dijangka diketahui selewatnya pada akhir 2021.
Menurut SPR, ini kerana pihaknya sedang menyediakan garis masa dan kajian kos yang lengkap mengenai pelaksanaan dasar dan sistem baru tersebut.
Berhenti sebar video kes culik murid sekolah di Kota Bharu.
Polis Kelantan minta orang ramai berhenti sebar rakaman video kes culik seorang murid sekolah rendah di Kota Bharu yang viral sejak kelmarin.
Foto: Harian Metro
Ini selepas kejadian itu dilapor hanya adegan dalam satu filem pendek yang dihasilkan sebuah NGO untuk pertandingan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca