← Back to list
E-hailing motosikal di Malaysia belum muktamad
Aug 20, 2019
E-hailing motosikal di Malaysia belum muktamad
Foto - New Straits Times
Keputusan kerajaan untuk membawa masuk perkhidmatan e-hailing motosikal ke negara ini belum lagi dimuktamadkan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia perlu dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahma semalam umumkan mahu bawa perkhidmatan itu ke Malaysia dalam usaha membuka peluang pekerjaan kepada anak muda.
-----
Kos rawat pesakit merokok lebih mahal berbanding cukai rokok
Foto - islampos.com
Kerajaan belanjakan kira-kira RM16 bilion setahun untuk rawat pesakit yang menderita pelbagai penyakit akibat tabiat merokok.
Menurut Kementerian Kesihatan, angka jauh lebih tinggi berbanding kadar kutipan cukai rokok yang diperoleh kerajaan, kira-kira RM4 bilion setahun.
Jelasnya, bagi setiap RM1 yang diperoleh daripada hasil cukai rokok, kerajaan terpaksa berbelanja RM4 untuk merawat pesakit berkenaan.
-----
Mekanisme susbsidi petrol bersasar dua minggu lagi
Foto - Malay Mail
Mekanisme pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diumumkan dua minggu lagi.
Namun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaannya itu tertakluk kepada keputusan dan nasihat Jemaah Menteri.
Beliau sebelum ini dipetik berkata, berpuas hati dengan tahap penyediaan kertas kerja Program Subsidi Petrol Bersasar yang dijanjikan kepada golongan B40.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca