← Back to list
Proses bedah siasat mayat Nora Anne berlangsung selama hampir 10 jam.
Aug 15, 2019
Proses bedah siasat mayat Nora Anne berlangsung selama hampir 10 jam.
Ini selepas pakar patologi HKL dilihat meninggalkan Hospital Tuanku Jaafar kira-kira jam 9.30 malam semalam.
Sidang media mengenai hasil bedah siasat dijangka diadakan hari ini.
Difahamkan, hasil laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan sama ada terdapat keperluan untuk diadakan inkues.
Pengenalan tulisan Jawi di SJK mulai tahun depan diteruskan.
Kabinet setuju untuk perkenalkan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di SJK mulai 2020.
Pihaknya juga kekal dengan pendirian untuk tulisan Jawi itu dimuatkan sebanyak 3 muka surat di dalam buku teks serta tidak dinilai dalam ujian atau peperiksaan.
Namun, Kementerian Pendidikan berkata ia perlu mendapat persetujuan PIBG dan ibu bapa.
NADMA akan selaraskan bantuan buat mangsa ribut, Jumaat lalu.
Bantuan kepada mangsa-mangsa ribut yang melanda beberapa negeri di utara, Jumaat lalu akan diselaras dan dipercepatkan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata pihaknya akan lakukan tinjauan agar bantuan langsung boleh disalurkan kepada mangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca