← Back to list
Proses bedah siasat Nora Anne ambil masa lebih lama
Aug 14, 2019
Proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Qouirin yang dijadualkan bermula 10 pagi tadi memakan masa lebih lama dari yang dijangkakan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman berkata, post-mortem masih berjalan dan dianggarkan mengambil masa dua jam lagi.
Foto - Malay Mail
Peguam yang mewakili keluarga mendiang dalam pada itu berkata, hasil laporan bedah siasat akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara.
Menurut Sankara Nair, ia merupakan prosedur biasa selain ia bertujuan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk diadakan inkues.
Foto - Malay Mail
Kerajaan Negeri Sembilan pula ucap takziah kepada keluarga Nora Anne, selepas penemuan mayat remaja itu semalam yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap kejadian itu adalah yang pertama dan terakhir berlaku di Negeri Sembilan dan di Malaysia.
Foto - Malay Mail
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca