← Back to list
Kes denggi di seluruh negara melonjak!
Jul 29, 2019
Kes denggi di seluruh negara melonjak!
Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh kira-kira 7 bulan ini lebih 72,000 kes demam denggi direkodkan, naik hampir 90 peratus berbanding tahun lalu.
Kes kematian juga naik lebih 70 peratus kepada 108 kes.
Justeru kementerian minta semua pihak memainkan peranan penting bagi menjamin kejayaan pencegahan denggi, sebab virusnya boleh membawa maut.
Kerajaan gubal akta baru berkaitan penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha.
Kementerian Kesihatan gubal satu akta baru bagi kawal selia penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha.
Akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan dan akan dibentangkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, kajian terhadap isi kandungan sebenar dalam gula-gula Ghost Smoke dijangka diketahui minggu depan.
Tun Siti Hasmah bagi nama 3 ekor anak harimau yang dilahirkan di Zoo Negara.
Sempena Hari Harimau Sedunia hari ini, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah menamakan 3 ekor anak harimau yang dilahirkan di Zoo Negara.
Tun Siti selaku penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya, menamakan harimau tersebut Wira, Hebat dan Melur.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca