← Back to list
Rayuan Bantuan Sara Hidup Ditutup Sehingga 15 Ogos 2019
Jul 01, 2019
Tempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos depan.
Menurut Kementerian Kewangan, proses rayuan ini bagi memastikan individu yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN.
Terserah Kepada Pemandu e-hailing Buat Keputusan
Terpulang kepada pemandu e-hailing sama ada mahu menduduki ujian lesen kenderaan pengangkutan awam, PSV, atau sebaliknya.
Tegas Kementerian Pengangkutan, pemandu e-hailing perlu melalui proses undang undang, agar industri e-hailing dapat dikawal selia.
Dalam perkembangan berkaitan, lebih 250 calon OKU telah dikenal pasti layak menduduki ujian bertulis PSV dan keputusannya diketahui dalam masa lima hari.
Tiada Keperluan Tutup Sekolah Di Pasir Gudang
Tiada keperluan bagi sekolah di Pasir Gudang ditutup buat masa ini, susulan gangguan kesihatan yang melanda di kawasan itu.
Namun jelas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebarang perubahan bergantung kepada JAS yang memantau kualiti udara di kawasan tersebut.
Buat masa ini, 72 buah kilang telah diperiksa dan mendapati bacaan gasnya masih terkawal.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca