← Back to list
Kes guru rotan pelajar di JB hampir selesai.
Jun 27, 2019
Kes guru rotan seorang murid mulut celupar di JB yang viral baru-baru ini hampir selesai.
Guru, ibu bapa pelajar terbabit serta pihak PIBG dilapor setuju bertemu hari ini untuk membincangkan insiden tersebut.
Terdahulu, polis sahkan ibu murid tersebut sudah menarik balik laporan yang dibuatnya.
Punca sebenar insiden pencemaran di Pasir Gudang, Johor masih belum dipastikan.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata hasil keputusan ujian makmal terhadap 8 pesakit didapati negatif bahan kimia.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah stesen pemantauan bahan-bahan cemar udara secara tetap akan diwujudkan di Pasir Gudang.
Jelas Yeo Bee Yin, ia bagi memastikan isu pencemaran sebegitu tidak berulang dan keselamatan penduduk terjamin.
SPRM akan failkan lebih banyak saman perlucutan hak babit dana 1MDB.
Lebih banyak lagi saman bagi perlucutan hak akan difailkan terhadap individu dan entiti membabitkan dana 1MDB.
Namun SPRM enggan dedah siapa responden terbaru berkenaan.
Minggu lalu suruhanjaya itu memfailkan saman terhadap 41 individu dan entiti bagi mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca