← Back to list
Pencemaran Udara Di Pasir Gudang SAH Punca Sisa Bahan Kimia Sungai Kim Kim
Jun 24, 2019
Pencemaran udara terbaru di Pasir Gudang di sahkan berpunca daripada sisa bahan kimia Sungai Kim Kim Mac lalu.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelaskan, bahan tersebut telah diberikan kepada kontraktor, untuk dibersihkan dan dihapuskan.
Namun, disebabkan bahan itu masih belum dihapuskan 100%, dan terbiar dengan angin dan hujan, ia kembali merebak.
Dalam pada itu, 20 pelajar di Pasir Gudang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut, selepas alami simptom sesak nafas dan muntah hari ini.
Kerajaan Lancar Video Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lancarkan video pendidikan seks kanak-kanak di Youtube.
Ia dihasilkan sebagai usaha menangani isu jenayah seksual terhadap golongan itu.
Lima video berdurasi satu minit setiap satu itu ditayangkan dalam bentuk iklan, sebelum video kegemaran kanak-kanak di Youtube.
Tun M Pegang Jawatan Selama 3 Tahun
Perdana Menteri beri jaminan beliau akan letak jawatan dalam masa tiga tahun, sebelum menyerahkan tugas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masa tiga tahun untuk menyelesaikan hutang negara.
Namun Tun M beritahu CNBC, dia tidak rancang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan itu sekiranya hutang negara tidak dapat selesaikan sepenuhnya dalam tempoh tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca