← Back to list
Tiada Pelupusan Haram Buangan Berlaku Di Pasir Gudang
Jun 21, 2019
Jabatan Alam Sekitar Johor sahkan tiada pelupusan haram buangan terjadual berlaku di Pasir Gudang.
Ini susulan pencemaran udara yang berlaku di kawasan itu sehingga menyebabkan pelajar daripada 2 buah sekolah dikejarkan ke hospital.
Sementara itu, Exco Johor bekata bilik gerakan operasi di buka di Stadium Tertutup Pasir Gudang bagi memantau kualiti udara di kawasan itu.
SKMM Sambut Pakej Jimat Telco Kepada OKU
SKMM sambut baik pengumuman pakej khas untuk golongan OKU, oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.
Namun, pihaknya akan terus memantau pelaksanaanya, agar ia benar-benar dinikmati golongan tersebut.
Terdahulu, 7 syarikat telekomunikasi utama negara tawarkan diskaun 10 hingga 15 ringgit kepada golongan OKU, untuk perkhidmatan mudah alih.
Remaja Lelaki Mohon Maaf Rosakkan Makanan Di Kedai Serbaneka
Remaja lelaki yang merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai, Negeri Sembilan dalam video yang tular, tampil mohon maaf di atas perbuatannya.
Dia juga bersedia membayar ganti rugi kepada kedai terbabit.
Bagaimanapun polis tetap akan jalankan sisatan selepas terima laporan daripada pemilik premis terbabit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca