← Back to list
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi tuduhan liar
Jun 12, 2019
Foto - thefamouspeople.com
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah selain tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yakin siri fitnah tersebut adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuh beliau dan memusnahkan karier politiknya.
Foto - The Egde
Datuk Seri Azmin yakin kerja jijik tersebut telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan.
Untuk itu, beliau telah mengarahkan para peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.
Foto - MyKKMU
SPRM dalam pada itu akan menyiasat laporan yang dibuat Datuk Lokman Adam berhubung dakwaan rasuah terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Namun Pesuruhjaya SPRM yang baru, Latheefa Koya berkata, beliau tidak akan terlibat dalam siasatan tersebut atau membuat keputusan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca