← Back to list
Kerajaan akan pertimbang permintaan Ketua Polis Negara
Jun 11, 2019
Foto - New Straits Times
Kerajaan akan mempertimbang permintaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador agar gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi berkata, beliau akan memikirkan mengenai perkara itu.
Foto - Malay Mail
Datuk Seri Abdul Hamid Bador semalam berkata, gaji, logistik dan keperluan anggota terbabit perlu diutamakan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.
Katanya, gaji yang diperoleh anggota berpangkat Sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama di bandar-bandar besar.
Foto - Bernama
Dalam perkembangan lain Tun M berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri.
Gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca