← Back to list
Penipuan pembelian dalam talian semakin meningkat sejak 2017.
Jun 07, 2019
Penipuan pembelian dalam talian semakin meningkat sejak 2017.
Menurut Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia kepada Berita Harian, lebih 2,000 kes dicatatkan tahun lepas berbanding 1,800 kes pada tahun 2017.
Justeru, pihaknya ingatkan pengguna agar pilih laman web yang boleh dipercayai dan selamat untuk elak jadi mangsa penipuan.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Usahawan Internet Malaysia berkata kes penipuan pembelian online itu dilakukan oleh pihak yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Jelasnya, pihak terbabit turut dikesan guna akaun pihak ketiga yang menyebabkan aktiviti mereka gagal dikesan oleh pihak berkuasa.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di KL dan Selangor disebabkan sampah.
Gangguan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling adalah disebabkan sampah yang terkumpul di Loji Rawatan Air Sungai Langat.
Air Selangor berkata ketika ini kerja-kerja pembersihan sampah sedang giat dijalankan dan bekalan air akan pulih secara berperingkat.
Suspek utama kes pukul warga Pakistan di Kota Kinabalu ditahan.
Polis tahan dua lelaki susulan kes pergaduhan di hadapan sebuah premis di Kota Kinabalu yang videonya viral baru-baru ini.
Foto: Harian Metro
Siasatan mendapati mangsa, pasangan suami isteri warga Pakistan itu telah dipukul oleh sekumpulan individu kerana isu pembayaran sewa rumah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca