← Back to list
Hargai Keamanan dan Kemakmuran Negara - Agong
Jun 05, 2019
Hargai Keamanan dan Kemakmuran Negara - Agong
*Foto ihsan RTM
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam titah perutusan baginda, Seri Paduka juga mengingatkan rakyat agar menghargai keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.
Rakyat turut disaran meneruskan amalan saling mengunjungi yang menjadi jambatan perpaduan.
Aidilfitri Suram di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah
Sementara itu Aidilfitri kali ini agak suram di beberapa lokasi di Sarawak dan Sabah yang terjejas banjir.
Di Belaga misalnya, lebih seribu penduduk terjejas akibat hujan lebat berterusam sejak kelmarin.
Manakala di Kota Kinabalu, banjir kilat yang melanda bandaraya tersebut mengakibatkan puluhan kenderaan ditenggalami air.
Pakai Baju Raya Kitar Semula Pun OK - Bahran
Ariff Bahran amal sikap sederhana dalam meraikan Lebaran.
Kata bintang muda itu kepada Astro Gempak, dia tidak kisah untuk pakai semula baju raya tahun sebelumnya asalkan ia masih dalam keadaan baik.
Bahran juga berkongsi rasa teruja kerana buat pertama kali berkemampuan memberi duit raya kepada keluarga dan sanak saudara, khasnya adik-adik dan sepupunya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca