← Back to list
Nak Memandu Jangan Memandu Antara Jam 2PM-4PM & 3AM-5AM
May 29, 2019
Persatuan Sleep Apnea Malaysia keluarkan nasihat perjalanan sempena Hari Raya.
Ia nasihatkan orang ramai, agar tidak memandu pulang ke kampung antara pukul 2 hingga 4 petang serta dari pukul 3 hingga 5 pagi.
Katanya kepada Utusan, tempoh tersebut merupakan waktu puncak yang menyebabkan sesorang itu mengantuk, sekaligus boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Plus Mahu Bina Kapsul Tidur Buat Pengguna Lebuhraya
PLUS bercadang untuk membina kapsul tidur bagi penguna Lebuhraya Utara Selatan.
Katanya kapsul tersebut akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk berehat sebelum meneruskan pemanduan.
Cadangan itu berada dalam peringkat kajian dan projek percubaan dijangka dilaksanakan tahun depan.
TNB Nafi Naikkan Tarif Elektrik 30%
TNB nafi dakwaan pihaknya terima arahan kerajaan untuk naikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.
Tegas TNB, mesej yang tersebar di media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.
Pihak turut minta orang ramai agar tidak menyebarkan mesej tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca