← Back to list
Penjawat Awam Sarawak & Johor Dapat Duit Raya!
May 14, 2019
Penjawat Awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan 500 ringgit untuk musim Hari Gawai dan Aidilfitri.
Pembayaran itu akan dibuat selewat-lewatnya, 23 Mei ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Johor turut umum Bantuan Khas kewangan kepada penjawat awam sempena Hari Raya.
Namun, jumlah dan tarikh agihan hanya akan diumumkan nanti.
Isytihar Harta! Ia adalah KPI Barisan Kabinet
Pengisytiharan harta dicadangkan sebagai salah satu KPI untuk semua menteri Kabinet.
Malah Perdana Menteri berkata, langkah itu juga mungkin panjangkan kepada semua anggota parlimen, termasuk dikalangan pembangkang.
Selain tu, semua menteri juga perlu mewujudkan dasar penerimaan hadiah di kementerian masing-masing.
Ahli Pas Dilarang Bahas Berkaitan Parti Dalam Semua Bentuk Media
Ahli-ahli PAS tidak boleh membawa, membincang dan membahaskan hal berkaitan parti dalam semua bentuk media.
PAS mewartakan larangan itu, bagi memastikan setiap ahli suarakan pendapat menerusi saluran parti di pelbagai peringkat.
Ia dipercayai diambil susulan pendedahan seorang bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang mendakwa 5 pemimpin parti itu terbabit dengan penerimaan wang jutaan ringgitn daripada parti lain.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca