← Back to list
900 Kes Buang Bayi Dilaporkan Sejak 2013 Hingga Sekarang
May 11, 2019
Kira-kira 100 ribu kes remaja perempuan hamil bawah umur 19 tahun dilaporkan sejak 2013 hingga kini.
Menurut Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 900 kes pembuangan bayi dilaporkan bagi tempoh yang sama.
Bagaimanapun, hanya 30 peratus daripada jumlah itu bayi itu ditemui masih bernyawa.
MB Johor Enggan Beri Komen
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ambil pendirian berdiam diri berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar 23 Bahagian Bersatu Johor kepada Perdana Menteri.
Bagaimanapun, ramai pihak beranggapan, memorandum itu dipercayai ada kaitan dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi Bersatu Johor.
Dalam perkembangan lain, Exco Johor berkata penduduk di sekitar Johor Bahru, tidak perlu bimbang susulan kerajaan Singapura sahkan terdapat warga asing di republik itu dijangkiti cacar monyet.
Kerajaan Sasar 20 Ribu Pelajar Terima Manfaat Food Bank Siswa
Lebih 3000 pelajar daripada sembilan universiti awam di seluruh negara menerima manfaat daripada program Food Bank Siswa.
Kerajaan menyasarkan 20 ribu pelajar daripada keluarga B40 akan menerima manfaat program itu sehingga hujung tahun ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca