← Back to list
NUTP tak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET.
May 10, 2019
Tak setuju duduki MUET!
Foto : Astro Awani
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan tidak setuju guru Bahasa Inggeris menduduki ujian MUET.
Ini kerana mereka sudah pun mempunyai kelayakan mengajar subjek itu, serta mengikuti pelbagai latihan di bawah British Council.
Tambahnya, masalah yang lebih serius ialah kekurangan guru Bahasa Inggeris.
Pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan untuk memperbetulkan keadaan itu yang membebankan guru Bahasa Inggeris.
---
Keselamatan pusat tahfiz perlu dititkberat.
Foto : Astro Awani
Empat puluh peratus pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara didapati tidak menepati syarat keselamatan kebakaran yang ditetapkan Jabatan Bomba.
Jelasnya, 500 pusat tahfiz terbabit telah diberikan notis tiga bulan bagi mematuhi kriteria yang ditetapkan.
Antara kriteria yang perlu dipatuhi di setiap pusat tahfiz, laluan mudah pelajar selamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran serta tempat memasak mesti berasingan dengan asrama pelajar.
---
Rujuk MQA, elak sukar dapat kerja.
Bakal pelajar digesa semak status program di Agensi Kelayakan Malaysia atau, MQA sebelum memohon mana-mana kursus pengajian di IPT tempatan mahupun luar negara.
Semakan itu perlu bagi memastikan program ijazah itu diiktiraf dan memudahkan graduan mendapat pekerjaan di masa akan datang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca