← Back to list
Peraturan cermin gelap kenderaan persendirian diumum
May 07, 2019
Foto - New Straits Times
Penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan persendirian adalah dibenarkan, berkuat kuasa esok.
Namun Kementerian Pengangkutan berkata, kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan kenderaan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.
Foto - Jabatan Pengangkutan Jalan
Ia merupakan pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang turut meliputi perkhidmatan e-hailing seperti Grab.
“Sehubungan itu, mereka yang ingin menggunakan cermin lebih gelap untuk kanan dan kiri pemandu serta depan kenderaan perlu memohon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan
Foto - The Star
Kerajaan dalam pada itu memutuskan agar bayaran fil RM5,000 dikenakan kepada setiap kelulusan yang ingin menggunakan cermin lebih gelap dengan yuran permohonan sebanyak RM50.
Katanya, setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun dengan pemandu hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca