← Back to list
Perdana Menteri beri markah 5 per 10 untuk barisan Kabinetnya.
May 07, 2019
Perdana Menteri beri markah 5 per 10 untuk barisan Kabinetnya.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ia disebabkan kebanyakan menterinya masih baru dan kurang pengalaman.
Namun beliau yakin dengan kemampuan anggota Kabinetnya dan yakin prestasi mereka akan meningkat selepas diberi tunjuk ajar.
Justeru beliau merasakan tiada sebarang keperluan untuk mengadakan rombakan genap setahun pemerintahan PH bulan ini.
Kerajaan nafi sembunyikan kebenaran kes Allahyarham Muhammad Adib!
Tan Sri Muhyiddin nafi kerajaan cuba sembunyi kebenaran di sebalik insiden kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib.
Tegas beliau, kerajaanlah yang buat keputusan untuk adakan inkues bagi kenal pasti punca kematian Allahyarham dalam insiden rusuhan di sebuah kuil, November lalu.
Malah kata menteri berkenaan, segala bukti dikemukakan kepada mahkamah dalam prosiding itu yang diadakan secara terbuka dan telus.
Putera Harry dan Meghan Markle timang anak lelaki.
Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle menimang cahaya mata sulung mereka, seorang bayi lelaki.
Cahaya mata pasangan itu bakal jadi ketujuh dalam barisan untuk mewarisi takhta, di belakang Putera Wales, Duke of Cambridge, anak-anaknya - Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis, diikuti oleh Duke of Sussex.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca