← Back to list
Jualan Equanimity selesai
May 06, 2019
Foto - The Straits Times
Jualan kehakiman kapal layar mewah Equanimity telah selesai dengan penerimaan penuh harga belian berjumlah AS$126 juta daripada Genting Malaysia Bhd pada 23 April lepas.
Peguam Negara Tommy Thomas berkata, selepas bayaran diterima kapal itu telah diserahkan kepada anak syarikat Genting pada 25 April lepas.
Foto - FeedMe Malaysia
Penyempurnaan jualan dilakukan oleh pemegang taruhan yang dilantik oleh mahkamah, dan bil jualan ditandatangani dengan sewajarnya oleh Syerif Mahkamah Admiralti pada 24 April, 2019.
Genting dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada 3 April mengesahkan membeli kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga AS$126 juta.
Foto - Malay Mail
Kerajaan membelanjakan kira-kira RM15.5 juta untuk menahan dan menyelenggara Equanimity sepanjang sembilan bulan tempoh penahanannya sehingga ia diserahkan kepada pembeli.
Difahamkan, kos pengoperasian bagi menyelenggara kapal mewah terbabit adalah perbelanjaan paling besar ditanggung kerajaan iaitu hampir RM12.7 juta.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca