← Back to list
Jenayah seksual terhadap kanak-kanak terus meningkat.
Apr 23, 2019
Jenayah seksual terhadap kanak-kanak terus meningkat.
Menurut Kementerian Kesihatan, hampir 2 pertiga daripada 3,300 kes dera yang dirujuk ke hospital kerajaan tahun lalu melibatkan kes penderaan seksual kanak-kanak.
Majoriti mangsa pula adalah kanak-kanak perempuan dan lebih menyedihkan pelaku adalah orang yang dikenali mangsa.
Kemudahan internet mungkin akan disenaraikan sebagai perkhidmatan utiliti tidak lama lagi!
Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ini kerana internet kini sama pentingnya dengan bekalan air dan elektrik.
Justeru, pengkelasannya sebagai perkhidmatan utiliti akan meningkatkan kadar penembusan internet di seluruh negara.
Hampir separuh pusat tahfiz berdaftar berdepan risiko kebakaran.
Hampir 500 daripada kira-kira 1,200 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara dikategorikan berdepan risiko kebakaran.
Antara aspek tidak dipatuhi pusat tahfiz itu ialah jumlah pelajar terlalu ramai dan susun atur perabot menghalang laluan keluar dan menyukarkan operasi menyelamat.
Justeru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan beri masa 3 bulan kepada premis terbabit sebelum bomba melakukan pemeriksaan buat kali kedua.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca